Carian Kursus

[ TZA0059 ] Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan ialah bengkel komprehensif khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan.

Bengkel ini dilaksanakan khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan buku perkhidmatan kerajaan agar maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan terkini.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan tanggungjawab Ketua Jabatan, dasar-dasar umum dalam pengurusan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  2. Menulis dengan betul dan tepat teknik-teknik penulisan buku rekod perkhidmatan dan penyata perubahan;
  3. Mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan rekod perkhidmatan yang efektif.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makanan sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan;

  7. Yuran pendaftaran hendaklah dibayar secara dalam talian sebelum tarikh kursus dan kadar yuran untuk setiap peserta kursus adalah sebagaimana berikut:- Penjawat Awam: RM30/ peserta Sektor swasta tempatan/ GLC: RM420/peserta

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/04/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta & Pengenalan Malaysia Madani
: Pengenalan Buku Perkhidmatan Perkhidmatan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan
Hari Ke-2 | 29/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan dan Penyediaan Penyata Perubahan (KEW.8)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Merekod Kenyataan Cuti & Lembaran Kelakuan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Merekod Kenyataan Semakan Rekod Buku Perkhidmatan Kerajaan / Cuti & Lembaran Kelakuan
Hari Ke-3 | 30/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal Buku Kenyataan Perkhidmatan/ Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Kumpulan, Penilaian Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil