Carian Kursus

[ WZA0001 ] Kursus Pemandu Cemerlang [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

1. Kursus Pemandu Cemerlang ini diadakan selama tiga (3) hari khusus kepada Pemandu Kenderaan Kerajaan (dengan jumlah jam berkursus 24 jam).   Metodologi kursus adalah berbentuk ceramah dan ada sesi khas untuk latih amal penggunaan Buku Log Kenderaan. 

2.  Semoga kursus ini dapat menghasilkan Pemandu Kenderaan Kerajaan yang cemerlang dengan disiplin, etika dan pengetahuan yang tinggi.

Objektif Kursus
  1. Membentuk tingkahlaku berhemah dan cemerlang dalam diri Pemandu Kenderaan Kerajaan menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, 1PP WP 4.1, Lampiran C.
  2. Menyelenggara Buku Log Kenderaan dengan sempurna menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, 1PP WP 4.1, Lampiran C.
  3. Mempamerkan imej dan ketrampilan diri Pemandu Kenderaan Kerajaan dengan baik.
  4. Mengukuhkan hubungan sesama Pemandu Kenderaan Kerajaan dari seluruh negara selain meluaskan jaringan perkenalan.
Syarat Tambahan

1. Kursus ini akan berakhir jam 1630 pada 18 Jun 2025.  Sila ambil perhatian.

2. Sila baca dengan TELITI di Surat Tawaran berkursus.

3. SUK akan mewujudkan satu Gerup WhatsApp Kursus sehari sebelum berkursus.  Sila kemaskini maklumat HRMIS tuan/puan terlebih dahulu dengan nombor telefon bimbit yang betul sebelum membuat permohonan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ciri-Ciri Pemandu Berhemah dan Cemerlang.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Buku Log Kenderaan Kerajaan.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihamal Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan.
Hari Ke-2 | 17/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Undang-Undang dan Peraturan Jalanraya.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesalahan Dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, ALPKP 1987 dan Kaedah Peraturan Jalanraya dan Sistem Kejara.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemanduan Berhemah.
Hari Ke-3 | 18/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Pemandu Kenderaan Kerajaan.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Imej dan Ketrampilan Diri Pemandu Kenderaan Kerajaan.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penutupan & Penilaian Kursus.