Carian Kursus

[ CAA0048 ] KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI TERNAKAN LATOK (CAULERPA LENTILLIFERA) DALAM TANGKI (UPSKILLING-GS)) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini untuk mendedahkan kaedah pengurusan ternakan latok untuk menjamin pengeluaran latok yang mapan sepanjang tahun. Bilangan peserta adalah 20 orang yang terdiri daripada pengusaha baru/golongan sasar  dan terlibat secara langsung dalam akuakultur marin

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan teknik ternakan latok dalam tangki
  2. Memahami dan mengenalpasti teknik asas ternakan yang terbaik
  3. Memahami dan mengenalpasti teknik pengurusan parameter asas ternakan latok seperti kualiti air dan intensiti cahaya.
  4. Mengetahui keperluan peralatan untuk pengurusan dalam ternakan latok
  5. Mengetahui & memahami aktiviti lepas tuai dalam industri latok
Syarat Tambahan

4.       Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki memberikan pengesahan kehadiran (Lampiran 1) selewatnya pada 08/06/2025 (Ahad) sebelum jam 3.00 petang melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

5.       Tempat penginapan hanya disediakan kepada peserta yang memohon melalui sistem dtims sahaja. 

6.       Para peserta dikehendaki membawa pakaian sukan (amali) dan berpakaian kemas semasa berkursus (kuliah) mengikut keperluan masing-masing. Peralatan-peralatan lain seperti kasut but, sarung tangan, topi, lain-lain keperluan asas praktikal akan disediakan kecuali keperluan peribadi adalah tanggungjawab peserta.

7.       Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

 

Sekian, terima kasih.

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/06/2025 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada latok dan industrinya di Malaysia khususnya dan dunia amnya
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan kepada kepelbagaian teknik ternakan latok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan kepada hatcheri latok dan keperluan lengkap ternakan
Hari Ke-2 | 23/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada teknik pengurusan parameter asas ternakan seperti kualiti air dan intensiti cahaya.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyediaan tangki, tapak kultur dan peralatan kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Industri akuakultur dan jabatan
Hari Ke-3 | 24/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Aktiviti pemilihan benih, penanaman dan aktiviti selenggara lepas tanam termasuk ukuran parameter, medium ternak
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Aktiviti lepas tuai, pemilihan latok kualiti dan pembungkusan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan, Penilaian Kursus dan Penutup
: Perbincangan, penilaian kursus dan penutup