Carian Kursus

[ KPB0013 ] Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu 3PAB Versi 2.0 -Modul 4 : Fasa Pembinaan [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus 3PAB  dijalankan dengan kerjasama Rakan Strategik yang terdiri daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Jabatan Kerja Raya ( JKR), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Kementerian Ekonomi (KE) dan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (BK, JPA). Kursus ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada peserta yang berjaya menamatkan latihan dan menyediakan pegawai awam yang kompeten untuk melaksana dan menguruskan projek awam. Selain itu, pelaksanaan 3PAB juga merupakan tindakan susulan terhadap teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara, yang menyarankan agar pegawai yang merancang dan melaksanakan projek diberikan latihan yang mencukupi.

Objektif Kursus
  1. Penerapan Prinsip Tadbir Urus dan Pengurusan Projek yang berkualiti
  2. Pencapaian transformasi Perkhidmatan Awam melalui keberhasilan utama projek awam yang memenuhi piawaian serta memberi impak positif kepada rakyat dan negara
  3. Peningkatan daya saing Negara yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan pembangunan kerajaan
Syarat Tambahan

i. Kursus terbuka kepada Pegawai Awam Gred 5 hingga Gred 14 yang sedang berkhidmat dalam Pengurusan Projek Awam.

ii. Peserta perlu menamatkan Modul 1 hingga  V dengan jaya bagi mengikuti Modul VI

iii. Menhadiri sepenuhnya Modul 1 hingga V dengan kehadiran minimum yang ditetapkan adalah 90% daripada masa keseluruhan modul

iv. Menyiapkan semua tugasan kursus mengikut masa yang ditetapkan

v. Menduduki semua peperiksaan dan memenuhi kriteria penilai peserta sepanjang tempoh kursus

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Masa (Penjadualan Projek)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Masa (Penjadualan Projek)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Masa (Penjadualan Projek)
Hari Ke-2 | 17/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Kos
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Kualiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Hari Ke-3 | 18/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Risiko
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Alam Sekitar
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pentadbiran Kontrak
Hari Ke-4 | 19/06/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemantauan Projek dari Perspektif ICU-JPM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tadbir Urus Pengurusan Projek Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peperiksaan