Carian Kursus

[ KEE0011 ] Modul DPA : Patriotisme dan Kenegaraan [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Modul Patriotisme dan Kenegaraan DPA Tahun 2024/2025 [Sidang 3 dan Sidang 4]

Modul Patriotisme & Kenegaraan bertujuan untuk memperkukuhkan semangat cinta akan negara dan pemahaman mendalam tentang tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang berkhidmat untuk negara. Modul ini menitikberatkan proses dan cabaran dalam membina identiti negara bangsa Malaysia. Modul ini juga memberi penekanan terhadap profesionalisme dan kecekapan sektor awam dalam pelaksanaan KPI ke arah mencapai hala tuju organisasi dengan memahami dan menghayati Kerangka Dasar Utama Kerajaan serta Prinsip-prinsip Baharu Perkhidmatan Awam yang mendukung dasar ini.

Objektif Kursus
  1. Menghuraikan konsep pembinaan Negara Bangsa Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Kontrak Sosial serta Kerangka Dasar Utama Kerajaan dan Prinsip-prinsip Baharu Perkhidmatan Awam. (A3)
Syarat Tambahan
  • Modul ini hanya untuk peserta DPA Sidang 3 dan 4
  • Pastikan semua peserta telah mendaftar sebelum minggu modul bermula.
  • Sila selesaikan penilaian modul pada hari terakhir kelas.
  • Berpakaian sopan dan kemas berdasarkan Kod Etika Pakaian Program DPA.
  • Menepati masa dan bersedia 10 minit lebih awal untuk menghadiri setiap slot.
  • Memastikan peralatan berfungsi dengan baik, susun atur bilik adalah sesuai, serta keselesaan dan kemudahan bagi penceramah dan peserta.
  • Sesi slot diurus oleh peserta termasuk emcee, technicalities dan LO penceramah.
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/05/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Menghayati Falsafah Rukun Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Memahami Perlembagaan Persekutuan & Kepentingannya
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Konsep & Pembentukan Negara Bangsa Dalam Acuan Malaysia
Hari Ke-2 | 06/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kedaulatan Negara dalam Kerangka Undang-undang Antarabangsa
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Konsep Asas Malaysia MADANI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Nilai Teras Kesejahteraan (A)
: Nilai Teras Hormat (A)
Hari Ke-3 | 07/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Nilai Teras Kemampanan (M)
: Nilai Teras Daya Cipta (D)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Nilai Teras Keyakinan (N)
: Nilai Teras Ihsan (I)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: H.E.M.A.T
Hari Ke-4 | 08/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tayangan Filem Lama : Patriotisme & Kenegaraan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Persediaan Pembentangan Tayangan Filem Lama : Patriotisme & Kenegaraan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Tayangan Filem Lama: Patriotisme & Kenegaraan
Hari Ke-5 | 09/05/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penerapan Patriotisme
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Integriti Penjawat Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Nilai Murni dan Nilai Aspirasi