Carian Kursus

[ JDNAA0001 ] BOOTCAMP FUNCTION POINT ANALYSIS (FPA) TAHUN 2025 [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Penganggaran kos pembangunan sistem aplikasi merupakan aspek utama yang mempengaruhi kejayaan projek pembangunan sistem. Ia dapat membantu dalam perancangan dan pemantauan projek pembangunan sistem aplikasi kerajaan dengan lebih tepat.

Penganggaran saiz dan kos sistem aplikasi dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah Function Point Analysis (FPA). Berbeza dengan kaedah pengiraan berasaskan bilangan baris kod sumber dan kaedah-kaedah lain, kaedah FPA mengukur saiz sistem aplikasi berdasarkan fungsi sistem yang diminta oleh pengguna. Kaedah ini juga bebas dari faktor-faktor teknikal dan teknologi seperti bahasa pengaturcaraan. Oleh yang demikian, pengiraan saiz sistem aplikasi kekal konsisten walaupun sistem aplikasi yang dibangunkan menggunakan platform atau teknologi yang berlainan.

Tujuan utama bootcamp ini adalah untuk memberi pendedahan awal dan latihan kepada pegawai agensi sektor awam berkenaan penganggaran saiz dan kos sistem aplikasi menggunakan kaedah FPA.

Bootcamp ini akan dilaksanakan secara fizikal agar peserta dapat lebih memahami kaedah penganggaran FP berdasarkan latihan dan kajian kes yang disediakan dengan bimbingan penceramah dan fasilitator.

 

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai ICT di agensi sektor awam dalam penganggaran saiz menggunakan kaedah FPA
  2. Melengkapkan pengetahuan pegawai dengan teknik-teknik pengiraan saiz perisian berdasarkan standard International Function Point User Group – IFPUG
  3. Meningkatkan pemahaman pegawai dalam penggangaran kos pembangunan sistem aplikasi.
Syarat Tambahan

Pegawai daripada agensi yang mempunyai projek dalam perancangan untuk mendapatkan kelulusan teknikal (JTISA) adalah digalakkan untuk menyertai bootcamp ini. 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 13/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction and the Basic of Function Point Analysis
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Data Function & Latihan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Transactional Function & Latihan
Hari Ke-2 | 14/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Calculating Unadjusted Function Point, Value Adjustment Factor and Adjusted Function Point
: Menentukan Hierarki Fungsi Bisnes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Case Study 1
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengiraan Saiz Fungsian Sistem Aplikasi di Fasa Permulaan Projek
: Case Study 2
Hari Ke-3 | 15/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Case Study 3
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Case Study 4
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Case Study 4