Carian Kursus

[ KAA0012 ] KURSUS FAMILIARISASI DAN AUDIT DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini merupakan kursus pengenalan bagi memberi pendedahan berkaitan garis panduan, strategi, pendekatan dan langkah-langkah melaksanakan amalan EKSA di Jabatan Kerajaan serta memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik sebagai juru audit tentang peranan mereka sebagai auditor yang akan melaksanakan pengauditan dalaman EKSA. Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bahawa penglibatan dalam aktiviti EKSA secara tidak langsung akan memupuk kebiasaan dalam mengamalkan tatacara EKSA di tempat kerja, selain menerapkan penghayatan kepentingan dan kebaikan amalan EKSA. Sebagai nilai tambah, para peserta juga akan mendapat pendedahan kepada sesi amal untuk memahami garis panduan pengauditan EKSA yang betul. 

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik sebagai juru audit tentang peranan mereka sebagai auditor yang akan melaksanakan pengauditan dalaman EKSA
  2. Di akhir kursus ini, para peserta akan mendapat pendedahan kepada sesi amal untuk memahami garis panduan pengauditan EKSA yang betul
  3. Memberi panduan tentang kaedah dan kemahiran asas yang diperlukan dalam pelaksanaan EKSA di peringkat jabatan kerajaan
  4. Mengekalkan dan memantapkan kesinambungan pelaksanaan aktiviti-aktiviti EKSA serta kefahaman mengenai EKSA
Syarat Tambahan

Kursus ini khusus untuk warga INTAN.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/11/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA PEMATUHAN DAN PELAKSANAAN EKSA INTAN
: TATACARA PENGAUDITAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TIPS PELAKSANAAN AUDIT EKSA
: PENYEDIAAN LAPORAN AUDIT EKSA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: DINAMIKA KUMPULAN
: KAEDAH PEMBENTANGAN DAPATAN AUDIT