Carian Kursus

[ KFA0008 ] Kursus Asas Perolehan Kerajaan (Bekalan dan Perkhidmatan) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan perolehan Kerajaan dan tanggungjawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan Kerajaan. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta dalam bidang perolehan Kerajaan yang penting dan memerlukan penekanan dalam aspek pengurusan perolehan (bekalan dan perkhidmatan) dengan nilai faedah terbaik dan mampan.
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus perolehan (bekalan dan perkhidmatan) secara sistematik dan telus berpandukan peraturan-peraturan terkini yang telah ditetapkan.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada pegawai perolehan gred 19-48

Modul/Topik
Hari Pertama | 25/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Perolehan Kerajaan
Hari Ke-2 | 26/06/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Spesifikasi Perolehan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan