Kajian kes merupakan satu kaedah atau pendekatan pembelajaran yang melatih peserta menggunakan pengalaman, kemahiran dan kreativiti dalam mengaplikasikan penyelesaian masalah kepada sesuatu isu yang dibangkitkan. Penggunaan kajian kes menggalakkan peserta terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran di samping memupuk pemikiran yang lebih terbuka, kritikal dan analitikal.
Dalam usaha membangun dan memantapkan kapasiti dan kemahiran para pegawai INTAN, mereka juga harus berupaya menyampaikan ilmu dan kemahiran dalam sesi pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan kajian kes. Ini adalah kerana kajian kes merangkumi pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan, keberkesanan organisasi, dan pembangunan sumber manusia. Melalui pendekatan kajian kes, pengetahuan dan pengalaman yang disampaikan dapat menggalakkan pemikiran inovatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Terbuka kepada tenaga pengajar INTAN gred 29 ke atas sahaja.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan | |
: | Proses Pengajaran Menggunakan Kajian Kes | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Keperluan Latihan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Persiapan Pra Latihan | |
: | Persiapan Semasa Latihan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Demo Pengajaran Menggunakan Kajian Kes | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Sesi Praktikal | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Sesi Praktikal | |
: | Refleksi dan Penutup |