Carian Kursus

[ BZA0003 ] Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus selama 4 hari ini mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai amalan protokol yang diamalkan di Malaysia khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosialisasi agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis;
  2. Mengaplikasikan kaedah dan tatacara protokol serta etiket sosial yang betul;
  3. Mengenalpasti teknik dan tips menjadi pengacara majlis yang baik dan;
  4. Mengaplikasikan hala cara mengurus pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat.
Modul/Topik
Hari Pertama | 09/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran, Taklimat, Dinamika Kumpulan dan Pre-Test
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan kepada 20 Elemen Protokol, 15 Elemen Etiket Sosial & 16 Elemen Pengurusan Majlis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Etiket Sosial dan Keterampilan Diri Dalam Majlis
Hari Ke-2 | 10/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peranan Pegawai Protokol / Pegawai Pengiring / Penyambut Tetamu
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Susunan Bendera, Susunan Gambar & Etiket Di Meja Makan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengendalian Majlis Rasmi dan Penghasilan SOP Jawatankuasa
Hari Ke-3 | 11/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Susunan Keutamaan Persekutuan & Susunan Tempat Duduk
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Atur Cara Pentadbiran dan Panggilan Hormat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengacaraan dan Pembacaan Doa Majlis Rasmi
Hari Ke-4 | 12/06/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Praktikal Pengurusan Majlis
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Simulasi Pengurusan Majlis dan Post-Test
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Review, Rumusan dan Penilaian Kursus