Carian Kursus

[ TZA0072 ] KURSUS MALAYSIA MADANI PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

.Kursus Malaysia Madani Perkhidmatan awam ini merupan kursus yang baharu diperkenalkan selaras dengan kehendak dan reformasi perkhidmatan awam Malaysia. Sejajar dengan kehendak dan keperluan itu, Kursus ini di khususkan untuk penjawat awam dari gred11-40 dan dijadualkan selama selama 3 hari.

Objektif Kursus
  1. Mendedahkan kefahaman terhadap kerangka fungsi MADANI dan memupuk jatidiri penjawat awam berteraskan kepimpinan yang mampan.
  2. Membangun minda penjawat awam menuju kepada idealogi yang berkemahiran tinggi.
  3. Memupuk nilai sahsiah dan kepekaan terhadap pembangunan negara.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/10/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat
: Konsep Malaysia Madani
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Nilai Teras Kemampanan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Nilai Teras Kesejahteraan
Hari Ke-2 | 14/10/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Nilai Teras Daya Cipta
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Nilai Teras Hormat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Nilai Teras Keyakinan
Hari Ke-3 | 15/10/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Nilai Teras Ihsan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kajian Kes Bitara Malaysia Madani
: Penutup dan Penilaian Kursus