Carian Kursus

[ KCB0041 ] Kursus Persijilan Tahap Lanjutan Cyber Security - PECB Certified ISO/IEC 42001 Foundation [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus persijilan ISO/IEC 42001 direka untuk membekalkan peserta dengan pemahaman mendalam tentang keperluan dan rangka kerja Sistem Pengurusan Kecerdasan Buatan (AIMS) berdasarkan standard ISO/IEC 42001:2023. Kursus ini merangkumi prinsip utama pengurusan AI, kawalan risiko, pematuhan peraturan, serta tadbir urus AI yang bertanggungjawab dan beretika. Peserta akan mempelajari cara menilai, melaksanakan, dan menambah baik AIMS dalam organisasi mereka, memastikan ketelusan, keadilan, dan keselamatan dalam operasi AI. Di akhir kursus, peserta boleh mendapatkan persijilan yang mengesahkan kecekapan mereka dalam standard ini.

Objektif Kursus
  1. Memahami Prinsip AIMS – Memberikan peserta pemahaman menyeluruh tentang Sistem Pengurusan Kecerdasan Buatan (AIMS) berdasarkan ISO/IEC 42001:2023.
  2. Menguasai Keperluan Standard – Menjelaskan keperluan utama ISO/IEC 42001, termasuk tadbir urus AI, pengurusan risiko, pematuhan undang-undang, dan kawalan keselamatan maklumat dalam sistem AI.
  3. Menilai dan Meningkatkan Sistem Pengurusan AI – Memberikan kemahiran untuk menjalankan audit dalaman, menilai keberkesanan AIMS, dan menambah baik sistem pengurusan AI secara berterusan.
  4. Persediaan untuk Persijilan – Membantu peserta memahami proses pensijilan ISO/IEC 42001 dan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan bagi pematuhan standard ini.
Syarat Tambahan

Kursus diadakan secara atas talian.

Modul/Topik
Hari Pertama | 03/02/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Standard and Regulatory Framework
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Fundamentals Concept and principles of AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: The Organizations and its context
Hari Ke-2 | 04/02/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Planning and Support
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Operation and performance evoluation
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Improvement and Controls