Carian Kursus

[ JDNFD1001 ] Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa Siri Khas JDN [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Munsyi Muda Bahasa adalah penjawat awam yang telah mengikuti kursus bahasa Melayu dan melepasi tahap penilaian kefahaman bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta ditauliahkan oleh Ketua Pengarah DBP dan dilantik oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai Munsyi Muda Bahasa. Munsyi Muda Bahasa bertindak sebagai perujuk bahasa bagi warga Kementerian/Agensi.

Objektif Kursus
  1. (a) menerangkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu berdasarkan ejaan standard Bahasa Melayu DBP; (b) menerangkan kaedah pembentukan kata yang betul dalam Bahasa Melayu mengikut tatabahasa Bahasa Melayu standard; (c) menerangkan kaedah pembentukan ayat yang betul dalam Bahasa Melayu mengikut tatabahasa Bahasa Melayu standard; dan (d) menggunakan teknik-teknik kesantunan berbahasa dalam surat rasmi Kerajaan mengikut standard DBP.
Syarat Tambahan

BPKK mempelawa warga Jabatan Digital Negara (JDN) di kalangan gred 19 hingga gred 54 berstatus tetap yang berminat untuk menyertai kursus ini.  YBrs. Ts. Dr./ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan boleh membuat pendaftaran penyertaan dalam DTIMS  sebelum atau pada 25 April 2024 (Jumaat). Hanya peserta kursus dengan kehadiran kursus 90% daripada keseluruhan slot kursus dan lulus Ujian Pemantapan Bahasa DBP sahaja yang layak ditauliahkan sebagai Munsyi Muda Bahasa. 

 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 05/05/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Dasar Bahasa Kebangsaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kata: Golongan Kata, Jenis Kata
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sistem Ejaan Rumi dan Sebutan
Hari Ke-2 | 06/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ayat: Pola Ayat Dasar, Jenis Ayat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Imbuhan dan Partikel
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penjodoh Bilangan, Kata Bestari dan Penanda Wacana
Hari Ke-3 | 07/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Contoh Kesalahan Tatabahasa
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sistem Tanda Baca
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Bahasa dalam Penulisan Dokumen Rasmi
Hari Ke-4 | 08/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi I: Bahasa Halus dan Sapaan Hormat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi II: Laras Bahasa dan Nilai Murni
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Penulisan
Hari Ke-5 | 09/05/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Pentadbiran Ujian Pemantapan Bahasa DBP, Taklimat Pelaksanaan Ujian Pemantapan Bahasa DBP, Ujian Pemantapan Bahasa DBP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyerahan Kertas Jawapan Ujian