Carian Kursus

[ SZA0063 ] Kursus Pembudayaan HEMAT Penjawat Awam [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Untuk kursus selama 3 hari ini, kita akan mempelajari apa itu budaya kerja H.E.M.A.T. yang telah diperkenalkan oleh YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) untuk diamalkan dalam melaksanakan tugas seharian ke arah melahirkan penjawat awam yang lebih cemerlang dan berkaliber serta berdaya saing.

Objektif Kursus
  1. Memperkenalkan 5 teras H.E.M.A.T iaitu Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran kepada penjawat awam.
  2. Memahamkan penjawat awam tentang 5 teras H.E.M.A.T. agar ia diamalkan dalam melaksanakan kerja seharian di jabatan / agensi masing-masing kelak.
Syarat Tambahan

Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:

1.   Para peserta dimohon untuk melaksanakan perkara berikut :

       1.1.     Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran;

       1.2.     Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG  sama sekali berkursus di IKWAS;

       

2.    Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula

3.    Para peserta dimohon untuk memakai TANDA NAMA (name tag) semasa menyertai sesi kursus.

4.    Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.

5.    Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan  peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.

6.    Peserta hendaklah sentiasa mematuhi etika berpakaian semasa berkursus dan mematuhi arahan pihak IKWAS.

7.    Pengurus Program akan memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 03/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia Madani serta Pengenalan H.E.M.AT.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: HIJRAH TATAKELOLA (H)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: EMPATI RAKYAT (E)
Hari Ke-2 | 04/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MINDA PEKIN (M)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: APRESIASI INOVASI (A)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TELUS TADBIRAN (T)
Hari Ke-3 | 05/06/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KAJIAN KES "PEMBUDAYAAN HEMAT DALAM TUGAS SEHARIAN"
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SESI REFLEKSI DAN PENILAIAN KURSUS