Carian Kursus

[ TZA0064 ] Kursus Application of AI Prompting in Office [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Application of AI Prompting in Office ini merupakan julung-julung kali diadakan selaras dengan hasrat dan peranan INTAN Kampus Wilayah Timur sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) Kesejahteraan di bawah dimensi Intelektual dengan memfokuskan proses yang berterusan untuk mengekalkan pengetahuan melalui aktiviti intelek yang merangsang seperti penyelesaian masalah, kreativiti dan pembelajaran kemahiran baru penjawat Awam. 

Objektif Kursus
  1. Menguasai asas AI Prompt dan aplikasinya dalam mempermudahkan urusan kerja dan kehidupan seharian.
  2. Pendedahan dan bimbingan berkaitan kaedah penghasilan imej yang berkualiti berdasarkan prompt, seni fotografi, potret, video, audio, grafik dan mock-up untuk kegunaan harian sama ada bisnes atau personal.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi, tengahari dan malam sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan; dan
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 01/10/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan ChatGPT
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus & Malaysia MADANI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Asas Prompting ChatGPT dalam Kerja Pejabat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penggunaan ChatGPT untuk Pendidikan dan Perniagaan dan Aplikasi Alternatif AI
Hari Ke-2 | 02/10/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Asas Prompt Penjanaan Imej AI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penggunaan Konsep Seni & Teknik Fotografi dalam Imej AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penggunaan AI untuk Multimedia & Aplikasi Alternatif