TOT Modul Latihan Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam (MMPA) ini hanya terbuka kepada pegawai gred 5 - 15 (SSM: gred 29 - 56) yang telah DIKENAL PASTI oleh Kementerian/ Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri sahaja yang kemudiannya akan bertindak sebagai jurulatih modul latihan MMPA di jabatan masing-masing.
Kursus ini akan dijalankan secara BERSEMUKA di INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. INTAN hanya akan menyediakan sajian (minum pagi dan makan tengah hari sahaja) sepanjang tempoh kursus berlangsung manakala penginapan asrama tidak dapat disediakan kerana fasiliti asrama di INTAN Kampus Utama Bukit Kiara masih dalam proses baik pulih.
1 - Peserta digalakkan membawa komputer riba semasa kursus ini.
2 - Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran.
3 - Peserta dikehendaki berpakaian seperti kod etika pemakaian penjawat awam sewaktu berkursus.
4 - Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.
5 - Peserta diminta membayar yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30 dalam sistem DTIMS. Resit penerimaan bayaran boleh dimuat turun dalam sistem DTIMS
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Konsep Malaysia MADANI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Nilai Teras: Daya cipta | |
: | Nilai Teras: keMampanan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Nilai Teras: kesejAhteraan | |
: | Nilai Teras: hormAt |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Nilai Teras: keyakiNan | |
: | Nilai Teras: Ihsan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kajian Kes Projek Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) |