Carian Kursus

[ TZA0067 ] KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN KEWANGAN AWAM [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus pengenalan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan kewangan awam.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan tatacara, tadbir urus, kitaran dan pelaporan pengurusan kewangan awam.
  2. Mengaplikasi kaedah pengurusan terimaan dan bayaran wang awam.
  3. Mengenal pasti prosedur efektif dalam perancangan dan pelaksanaan belanjawan, pengurusan perolehan serta aset.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makan pagi dan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan malam pada hari pendaftaran kursus TIDAK disediakan;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah DISEDIAKAN;

  7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/09/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Kewangan Kerajaan – Tadbir Urus dan Kitaran
: Pendaftaran, Taklimat dan Malaysia Madani
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Belanjawan – Konsep, Kitaran dan Prestasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Terimaan – Hasil dan Bukan Hasil
Hari Ke-2 | 30/09/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Akaun Amanah
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Perolehan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Perolehan
Hari Ke-3 | 01/10/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Aset dan Stor
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Aset dan Stor