bertujuan memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai teknikal di lapangan dan penternak ayam belanda mengenai konsep AMK dalam membantu pengoptimuman penggunaan sumber dan pengurusan operasi ternakan.
Industri penternakan ayam belanda di Malaysia sedang berkembang sebagai salah satu sumber alternatif protein yang mempunyai potensi besar dalam memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, cabaran utama yang dihadapi oleh penternak termasuk kos pengeluaran yang tinggi, pengurusan ladang yang cekap, serta memastikan keuntungan yang stabil melalui analisis kewangan yang tepat.
Analisa Margin Kasar (AMK) adalah alat penting untuk menilai kecekapan kos dan keuntungan dalam operasi penternakan. Pengetahuan tentang AMK membolehkan penternak memahami faktor-faktor yang mempengaruhi keuntungan, seperti kos makanan, kos tenaga kerja, kadar kematian, dan harga jualan. Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) juga memerlukan kefahaman yang mendalam tentang AMK bagi membimbing penternak ke arah pengurusan ladang yang mampan dan berdaya saing.
Oleh itu, kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penternak dan pegawai DVS Negeri mengenai teknik dan kaedah praktikal dalam menjalankan AMK, serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap faktor yang mempengaruhi keberkesanan penternakan ayam belanda.
Syarat Tambahan
(Bersemuka)
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Ucapan Aluan Kursus Pengiraan Analisa Margin Kasar (AMK) Penternakan Ayam Belanda oleh KPPK Unit Aneka Haiwan, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan | |
: | Ceramah 1: Trend Semasa dan Cabaran Industri Ayam Belanda (Encik Rusydi Abdul Hafiz Rozaini, Pen. Pegawai Veterinar) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Ceramah 2: Pengurusan Pembiakan Ayam Belanda (Encik Rusydi Abdul Hafiz Rozaini, Pen. Pegawai Veterinar) | |
: | Ceramah 3: Pengurusan Kesihatan Ayam Belanda (Dr Nurliyana Meor Abdullah, Pegawai Veterinar) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Ceramah 4: Konsep Penilaian Prestasi Ladang dan Untung Rugi dalam Penternakan (Dr Mohd Razi Bin Abdullah, Pegawai Veterinar) Latihamal Penilaian Analisa Margin Kasar (Dr Mohd Razi Bin Abdullah, Pegawai Veterinar) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Latihamal Penilaian Analisa Margin Kasar (Dr Mohd Razi Bin Abdullah, Pegawai Veterinar) |