Carian Kursus

[ EAA0049 ] KURSUS LANJUTAN PERLADANGAN BURUNG WALET BIL.1/2025 (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

output:

1. Dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkompetensi dalam mempertingkatkan pengeluaran sarang burung walet yang berkualiti.                                    

2. Melahirkan bakal usahawan menggunakan kemajuan teknologi yang berterusan untuk meningkatkan sumbangan sektor ini.

outcome:

1. Meningkatkan kompentensi dalam penggunaan teknologi untuk menambah baik penyampaian pemindahan teknologi kepada pengusaha dengan lebih menyeluruh.

2.Meningkatkan pendapatan usahawan melalui aplikasi teknologi dan inovasi terkini dalam amalan perladangan moden bagi meningkatkan pengeluaran sarang burung walet.

3. Matlamat Dasar Agromakanan Negara 2.0 pengeluar makanan tempatan mempunyai pengetahuan yang lengkap berhubung hal pengeksportan dan kapasiti serta kemampuan untuk menembusi pasaran asing yang disasarkan.

KURSUS LANJUTAN PERLADANGAN BURUNG WALET

Tarikh: 29 April 2025 (Selasa)

Tempat: Dewan Kuliah 2, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang

Objektif Kursus
  1. Memahami dan mengenalpasti cabaran dan penyelesaian bagi mengekalkan standard kualiti yang tinggi dan pada masa yang sama meneroka peluang eksport baharu melalui promosi eksport yang agresif.
  2. Membolehkan penggunaan sumber yang lebih baik dalam memperkenalkan serta mengaplikasikan peralatan teknologi terkini kepada pengusaha.
  3. Meningkatkan Kapasiti dan Kualiti Perkhidmatan Pengembangan Veterinar untuk Penerapan Amalan Penternakan Baik.
  4. Kursus Lanjutan Perladangan Burung Walet melalui Dasar Agromakanan Negara 2.0 ini akan menjadi satu inspirasi dan faktor dorongan kepada pihak swasta dan pemain industri untuk bersama-sama dengan Kerajaan bagi menerajui pembangunan sektor agromakanan sebagai sektor yang berdaya saing dan moden, seterusnya memastikan kejayaan DAN 2.0
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Syarat:

  1. Pencalonan dibuka kepada: semua pengusaha sarang burung walet & PEG PENYELARAS UNIT WALET DVS/ kakitangan DVS yang terlibat.
  2. Pendaftaran adalah melalui portal Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) JPA Malaysia https://www.dtims.intan.my/login
  3. Bagi pengusaha sarang burung walet: sila pastikan telah berdaftar ID dalam Sistem Blockchain MyWalet https://mywalet.dvs.gov.my/.
  4. Sijil kehadiran hanya akan diberi kepada peserta yang lengkap menyelesaikan program dan menjawab penilaian kursus pada hari terakhir program.
  5. Memuat turun surat Tawaran Kursus dan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dimuat naik sebagai maklum balas kelulusan Ketua Jabatan dalam DTIMS.
  6. Peratus kehadiran peserta mestilah tidak kurang 80% tanpa gagal bagi melayakkan menerima Sijil Kehadiran Kursus;
  7. Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus; dan
  8. Daftar kehadiran berkursus dalam Sistem Profil Latihan V2 splv2.kpkm.gov.my (bagi pegawai persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM).
  9. Penginapan: tidak disediakan 
  10. Makan minum: disediakan semasa program
  11. Pengangkutan: sendiri
  12. Anjuran: Unit Aneka Haiwan, Seksyen Bukan Ruminan, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Putrajaya
  13. Urusetia: Jue 03-88702454 uah@dvs.gov.my

PENDAFTARAN SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET:

A. Link Sistem MyWalet https://mywalet.dvs.gov.my/

- Retrieved ID atau daftar baharu, minta ambil gambar yg diperlukan utk upload terus dalam sistem (format jpeg)

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 29/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Rumah Burung Walet dan Sistem Blockchain MyWalet
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Evaluation Of The Effective Factors And Predatory Prevention Technique To Attract Swiftlet To Enter And Roost Inside Birdhouse - Kajian Mencuci Sarang Burung Walet Menggunakan Biotechnology
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: (Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli, Fakulti Sains Dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Gambang)