Carian Kursus

[ EAA0054 ] SESI LIBAT URUS DENGAN PENGUSAHA WALET BERKAITAN GARIS PANDUAN INDUSTRI BURUNG WALET (1GP) 2.0 BIL.2/2025 (ZON TIMUR) (TERBUKA) [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Sesi Libat Urus dengan Pengusaha Walet berkaitan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0 (Zon Timur) Bil. 2/2025
Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta Pengusaha Walet dijemput untuk menyertai sesi libat urus ini bagi membincangkan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0 di Zon Timur.

sesi libat urus bersama pengusaha walet berkaitan 1GP, ikut zon (4 sesi); zon TIMUR. Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2024 ditambah baik daripada penerbitan sebelum ini dengan memberi penekanan kepada aspek kelestarian pembangunan agar ianya selaras dengan piawaian kemampanan dan keperluan semasa. Pengukuhan garis panduan ini adalah berdasarkan usaha sama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan industri burung walet dibuat secara teratur dan terancang.

Objektif Kursus
  1. Penjajaran dengan garis panduan yang disyorkan akan memudah cara pengumpulan data yang setara di peringkat antarabangsa selain mengambil kira keperluan maklumat pada abad ke-21.
  2. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kualiti pengeluaran, sesi ini menyokong objektif kementerian untuk membangunkan sektor pertanian yang mampan, berdaya saing, dan memberikan manfaat kepada pengusaha dan masyarakat secara keseluruhan.
  3. Garis panduan yang ditambah baik hasil pengharmonian bersama pelbagai Kementerian, Jabatan, Agensi, Kerajaan Negeri, pihak swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dengan mengambil kira keperluan di lapangan dan peningkatan pengetahuan serta teknologi semasa untuk bersama-sama membangunkan industri penternakan yang mampan dan berdaya maju ke arah kelestarian makanan negara selaras dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2021 - 2030 (DAN 2.0).
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan
  1. Pencalonan dibuka kepada: semua pengusaha sarang burung walet & PEGAWAI PENYELARAS UNIT WALET DVS/ kakitangan DVS yang terlibat termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  2. Pendaftaran adalah melalui portal Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) JPA Malaysia https://www.dtims.intan.my/login
  3. Bagi pengusaha sarang burung walet: sila pastikan telah berdaftar ID dalam Sistem Blockchain MyWalet https://mywalet.dvs.gov.my/.
  4. Memuat turun surat Tawaran Kursus dan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dimuat naik sebagai maklum balas kelulusan Ketua Jabatan dalam DTIMS.
  5. Sijil kehadiran hanya akan diberi kepada peserta yang lengkap menyelesaikan program dan menjawab penilaian kursus pada hari terakhir program.
  6. Peratus kehadiran peserta mestilah tidak kurang 80% tanpa gagal bagi melayakkan menerima Sijil Kehadiran Kursus;
  7. Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus; dan
  8. Daftar kehadiran berkursus dalam Sistem Profil Latihan V2 splv2.kpkm.gov.my (bagi pegawai Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM).
  9. TIADA Penginapan disediakan.
  10. Makan minum: disediakan semasa program
  11. Pengangkutan: sendiri
  12. Anjuran: Unit Aneka Haiwan, Seksyen Bukan Ruminan, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Putrajaya
  13. Urusetia: Jue 03-88702454 uah@dvs.gov.my

PENDAFTARAN ID PREMIS PENGUSAHA WALET MELALUI SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET:

A. Link Sistem MyWalet https://mywalet.dvs.gov.my/

- Retrieved ID atau daftar baharu, minta ambil gambar yg diperlukan utk upload terus dalam sistem (format jpeg)

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 02/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemerkasaan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0: Peningkatan Standard dan Amalan di Zon Timur