Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 27 Tahun 2009 - Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat, telah membuka ruang dan peluang kenaikan gred yang lebih tinggi untuk skim berkenaan. Keputusan ini ditetapkan sejajar dengan perkembangan dan kepesatan era semasa dalam memberikan penekanan ke atas sistem penyampaian serta Key Performance Indicator (KPI). Dalam hal ini, khususnya di peringkat Pengurusan Tertinggi dan setara denganya, amatlah wajar peranan tugas Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat diperkasakan agar lebih peka dalam melaksanakan kompleksiti tugas serta sedia menempuhi cabaran-cabaran baharu.
Melalui kursus ini, diharapkan para peserta berpeluang berkongsi pengalaman dan pelaksanaan amalan baik di agensi masing-masing. Kemampuan melaksanakan semua kompetensi yang ditetapkan akan melahirkan nilai ’Awesome’ yang diharapkan, manakala tambahan kebolehan atau bakat (softskill) dalam diri membantu penyesuaian diri apabila ditempatkan di mana-mana pejabat. Dua (2) faktor penting iaitu ’Awesome’ dan Ideal akan melahirkan karakter diri seorang Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat yang menjadi rebutan Ketua-ketua Jabatan/Agensi.