Modul Kerajaan Digital ini dirangka untuk menyediakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang penting dalam menghadapi cabaran era digital. Modul ini dilaksanakan secara blended learning yang akan menjadi panduan kepada penjawat awam bagi memacu agenda pendigitalan yang mampan ke arah membentuk kerajaan digital.
Tumpuan modul ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada pelaksanaan ICT di peringkat strategik dan operasi serta pengenalan kepada teknologi memuncul. Pelaksanaan ICT di peringkat strategik merangkumi dasar dan inisiatif kerajaan terhadap transformasi perkhidmatan digital, pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan dan Keselamatan Siber.
Di peringkat operasi pula peserta didedahkan dengan penggunaan perisian produktiviti seperti Microsoft Word, Excel, menguasai kemahiran penyediaan persembahan visual yang berkesan, pemahaman terhadap kompetensi dan keupayaan digital individu dan organisasi serta keupayaan menganalisis data untuk membuat keputusan.
Manakala dari aspek teknologi memuncul peserta diberikan pendedahan asas kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), Robotic Process Automation (RPA) dan Blockchain. Modul ini berupaya membangunkan kompetensi dan keupayaan digital peserta seterusnya bersedia menyumbang kepada pelaksanaan inisiatif digital negara.
Peserta perlu mengikuti 5 topik pembelajaran dalam talian melalui EPSA. Topik tersebut ialah:
Celik Digital
Robotic Process Automation (RPA) untuk Sektor Awam
Asas Kecerdasan Buatan (AI)
Blockchain Dalam Perkhidmatan Awam
Asas Internet Of Thing (IOT)
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Inisiatif Kerajaan Digital | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Inisiatif Kerajaan Digital | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | DGCCR: Pengenalan, Connected Technology & Minda Digital |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | DGCCR : Budaya dan Landskap Digital | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | DGCCR: Individual Capabilities | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | DGCCR: Organizational Capabilities |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | High Impact Desktop Productivity (Word) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | High Impact Desktop Productivity (Word) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Persembahan Slaid Efektif & Berimpak Tinggi |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Persembahan Slaid Efektif & Berimpak Tinggi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | High Impact Desktop Productivity (Excel) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | High Impact Desktop Productivity (Excel) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Data Analysis Concept | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Data Analysis, Reporting and Visualization | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Capstone: Project / Assignment |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pelan Strategik Pendigitalan (PSP): Pengenalan dan Fasa Mobilisasi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PSP: Fasa Analisis | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PSP: Latihan Fasa Analisis |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PSP: Fasa Strategi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PSP: Fasa Formulasi & Fasa Dokumentasi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PSP: Latihan Fasa Formulasi |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | EPSA: Keselamatan Siber untuk Pengguna | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Keselamatan Siber | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Persediaan peperiksaan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Peperiksaan Dalam Talian (Keselamatan Siber) di Makmal ICT 3 & 4, Pusat IMATEC (9.00 - 10.00 pagi) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | EPSA Celik Digital/Blockchain dalam Perkhidmatan Awam/ Asas Internet of Things | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | EPSA Robotic Process Automation (RPA) untuk Sektor Awam/Asas Kecerdasan Buatan |