Carian Kursus

[ TZA0015 ] Kursus MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberikan bertujuan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan dengan garis panduan, pendekatan dan langkah-langkah menyediakan dokumen MyPortfolio berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam yang diterbitkan pada 12 Julai 2018 dan Surat PKPA Bil. 1 Tahun 2018 Panduan Penetapan Tempoh Masa dalam Carta Alir bagi myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam yang diterbitkan pada 12 Oktober 2018.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan dan melaksanakan tatacara penyediaan myPortfolio dengan teratur; dan
  2. Menyediakan satu myPortfolio untuk satu jawatan yang berasaskan sekurang-kurangnya satu proses kerja bagi tujuan pembentangan dan perbincangan kumpulan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan semasa.
Syarat Tambahan

4.         Bagi memastikan kelancaran kursus, sukacita dipohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memberi perhatian kepada perkara berikut:

 

4.1    Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.

4.2       Maklum balas kehadiran dan kelulusan ketua jabatan/ penyelia mestilah di muat naik ke dalam sistem DTIMS selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh kursus.

4.3       Kamera telefon bimbit atau komputer perlu ditetapkan dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) sebagai komitmen peserta sepanjang kursus.

4.4       Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah digunakan sebagai ID Peserta di dalam platform.

4.5       Peserta perlu mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.20 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.

4.6       Peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus. Sijil kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.

4.7       Peserta perlu memastikan diri bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.

4.8       Peserta diminta menyertai Kumpulan Whatsapp: https://chat.whatsapp.com/LFVGx8b62hs1zR4D26G635 agar sebarang maklumat berkaitan perjalanan dan perubahan kursus dapat dimaklumkan.

5.         Sukacita agar tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran (Lampiran 1) sebelum 20 April 2025 melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my). Pihak tuan/puan boleh menghubungi Puan Nurul Fatanah binti Kamarul Zahari, Pengurus Kursus melalui email fatanah@intim.intan.my atau no. telefon 09-8629071 (016-2052905)  atau setiausaha kursus, Puan Anija binti Ahmad Jamaliah  melalui email anija@intim.intan.my, no. telefon 09-8629076 (019-963 2683)  sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"PENERAJU PEMBAHARUAN, PENGGERAK PERUBAHAN"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

( DR. SUHAILA BINTI HARON )
b.p. Pengarah Wilayah Timur

INTAN Kampus Wilayah Timur

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/05/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN & TAKLIMAT KURSUS
: MODUL A - PENGENALAN MYPORTFOLIO
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO (KOMPONEN 1-4)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO (KOMPONEN 5-10)
Hari Ke-2 | 06/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL (KOMPONEN 1-4)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBENTANGAN (KOMPONEN 1-4)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL (PENYEDIAAN KOMPONEN 5-10)
Hari Ke-3 | 07/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYEDIAAN MYPORTFOLIO DALAM HRMIS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBENTANGAN (KOMPONEN 5-10)
: MODUL E - RUMUSAN DAN PENILAIAN