Kursus pengenalan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan kewangan awam.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
4. Tempat penginapan dan makan minum sepanjang kursus berlangsung di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan;
5. Buku program tidak akan dicetak selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
6. Sejumlah RM30.00 akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus. Yuran pendaftaran hendaklah dibayar secara dalam talian sebelum tarikh kursus dan kadar yuran untuk setiap peserta kursus adalah Penjawat Awam: RM30/ peserta atau Sektor Swasta Tempatan/ GLC: RM420/ peserta. Resit rasmi boleh dijana bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing.
7. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Pengurusan Kewangan Awam | |
: | Taklimat Kursus dan Malaysia MADANI & Pre-test | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Terimaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Belanjawan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan Perolehan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Bayaran | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Aset dan Stor |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan Akaun Amanah | |
: | Pengurusan Kehilangan dan Hapus Kira Wang Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Pelaporan Kewangan, Post-test dan Rumusan |