Carian Kursus

[ KCA0158 ] Kursus Blockchain (Tahap Lanjutan) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah untuk penjawat awam yang telah memahami konsep asas teknologi Blockchain dan ingin mendalami aspek teknikal Blockchain dan aplikasinya dalam sektor kerajaan. Fokus utama kursus ini adalah pembangunan private network, decentralized applications (DApps), smart contracts serta pemasangan dan penggunaan MetaMask. Peserta akan menjalankan hands-on untuk memahami cara menggunakan MetaMask, mewujudkan akaun, melakukan transaksi, serta menghubungkan e-wallet dengan DApps dii dalam persekitaran Private Blockchain Network.

Kursus ini terbuka kepada penjawat awam dari pelbagai skim perkhidmatan yang telah mempunyai asas dalam teknologi Blockchain.

 

Objektif Kursus
  1. Peserta akan memahami konsep asas blockchain dengan betul.
  2. Peserta akan membangunkan INTAN Private Network di localhost dan Ms Azure.
  3. Peserta akan membangunkan Decentralized Application dan menghubungkannya dengan INTAN Private Network serta memantau transaksi.
Syarat Tambahan

Peserta digalakkan membawa laptop.

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Getting Know to Blockchain & Types of Blockchain Network
: Development of Private Network Explorer
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pre-requisite - Installation
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Development of Ethereum Private Network
Hari Ke-2 | 23/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Introduction to Decentralized Application & Smart Contracts
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Development of Decentralized Application
Hari Ke-3 | 24/04/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Development of Decentralized Application
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Merging DApp with Private Network
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Exercise and Lab Activities