Carian Kursus

[ KRB0001 ] BENGKEL PENULISAN KAJIAN KES PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Penulisan kajian kes merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan peserta menggunakan pengalaman, kemahiran dan kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penggunaan kajian kes menggalakkan peserta turut terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dengan kerjasama, bertukar-tukar pendapat dan saling berinteraksi. Kajian kes yang baik akan membantu proses pembelajaran menjadi lebih cekap dan berkesan.

Menghasilkan kajian kes yang baik dan bermutu memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan kemahiran tentang teknik dan proses tertentu dalam penulisannya.

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan teknik dan proses penulisan kajian kes. Dengan pengalaman ini, peserta dapat menghasilkan sendiri kes yang bermutu untuk digunakan dalam program latihan di Institut/Jabatan masing-masing.

Objektif Kursus
  1. Peserta akan dapat mengaplikasi teknik, strategi serta tatacara penulisan kajian kes dan nota pengajaran yang berkualiti
Modul/Topik
Hari Pertama | 06/03/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction to Teaching Case Writing
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Writing Teaching Notes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Templates, ChatGPT-Assisted Case Writing & Coaching